Sunday, 30 July 2017

Jom Jelajah Pekan Banting


Phew,penat tul hari ni haihh
Hari ni aku pergi teroka keindahan dan keunikan pekan banting mak aih
Ni dah kira trip second aku ke pekan banting sbb sebelum ni aku dah pernah pergi dah tapi sorang je,kali ni aku bawak geng sekali
Tambang dari kolej aku rm8 tapi disebabkan pakcik uber bagi discount code so kitorang just bayar rm3 ,sukalateww hahaha

Yeah tak aku nafikan pekan banting takdelah maju sangat macam KL tapi haaa dengar dulu
Kalau pasal pengangkutan  pekan banting ni memang ada .Ada stesen bas kat sini so kalau korang nak gerak gi keluar masuk bandar memang mudah la.Kalau grab ngan uber pun YES IT'S AVAILABLE HERE

Nak cerita pasal kedai makan fuhh,kalau aku taip kat sini memang lebur la jari aku sebab kedai kat sini berlambak.KFC ada dua kot kat sini,MCD pun ada ,pizzahut pun ada ,demino's pizza pun ada,big apple ada apa lagi yang aku tak sebut,kalu yang tak suka fastfood please la jangan risau sebab kedai makan tepi jalan pun penuh.Nak mudah cakap,kau sedia jer duit makanan terus terhidang atas meja :P


Masa kat KFC semua benda nak order tapi last-last makan seketul ayam pun dah rasa kenyang.Membazir betul tapi apakan daya dah sebulan terkurung lam kolej nak jugak rasa benda-benda gini :')


Dari segi kemudahan kewangan kat sini aku bagi 9/10.Semua jenis bank ada kat sini,maybank,bsn,bank rakyat,you name it they have it .Aku bagi 9/10 sebab masa aku pergi mesin CDM dekat bsn,mesin tu rosak pulak dah,nak dijadikan cerita,tak dapat lah aku nak bank in duit.Kalau aku yang pegang semua duit ,habislah semua duit convert jadi makanan.


Fuyooo cinema bro,best kan ? Cinema kat sini lebih kepada cerita-cerita india tapi ada je hollywood movies kat sini.Masa kat sini,kitorang tonton movie War Of The Planet Of  The Apes,nanti aku tulis review movie ni ehh.


To be honest ,that's the first movie that I ever watch in the cinema.Ye sebelum ni aku memang tak pernah pergi cinema.OMG,I still didn't believe that 18 tahun is my first date aku menjejakkan kaki ke cinema and my first movie was this!! *jakun* tapi jangan risau,takde lah aku nak gi tulis post baru pasal cinema pulak kat sini.

Ok next is shopping complex,... TADDAA


The Store lah tempat untuk memenuhi permintaan semua pelajar-pelajar kolej.Bertabahlah,kat sini takde mall besar-besar.Kalau nak shopping baju baru apa sila meninggal . Maksud aku,kalau nak shopping baju gi lah naik bas gi shopping complex yang besar-besar kat selangor tu.Tapi nak shopping kat sini pun tak salah ea.Kalau pasal kedai buku,aku tak jumpa lagi kat sini,mungkin ada lah tu kat mana-mana 'KOT'.

Then,bila dah sebut pasal bangunan banyak jadi banyak lah korang kena jalan,sebab jarak takde lah dekat sangat tapi still mampu untuk jalan kaki.Kalau yang jenis kurang stamina ni ,tempah la uber untuk elak jalan 100meter hahahha.Cuaca kat sini agak panas,so dinasihatkan pakai lah topi atau pelindung UV untuk elak kulit korang terbakar,kepada yang tak suka jaga kulit redah je terus ,panas pun panas lah ,asalkan sampai :D .

So,aku simpulkan kalau korang nak datang sini datanglah sebab tempat ni memang boleh cakap complete lah untuk memenuhi semua hasrat anda.I think that's all for today,nak menaip pun dah letih.

Cau Lu ,Assalam.

*Isyk acah model pulak dia ni

Saturday, 29 July 2017

Larian KAKOM Kolej Matrikulasi Selangor 2017



Good morning gaisss,sekarang ni pukul 12.53 a.m. kira pagi lah kan,harini aku nak citer sikit pasal larian kakom kat kms ni sebab aku volunteer untuk jadi photograher sepanjang program tu berlangsung huhuhu

Pagi tu kitorang kena bangun awal sebab pukul 7.00 a.m. dah kena kumpul dekat padang sekolah.Disebabkan aku volunteer untuk jadi photographer ,so semangat tu lain sikit hihihi.Ni first time aku jadi photographer untuk kolej and then sebab tu lah aku rasa akward and malu sebab kena jalan-jalan sekeling padang sebab nak ambik gambar masa semua orang bersenam.Aku rasa macam satu padang duk tengok aku pusing-pusing untuk ambik gambar.HAHAHAHA perasan betul,takde lah aku bergurau je ,takdelah perasaan macam tu pulak.Just biashe biashe je

So ni lah antara gambar-gambar yang aku tangkap masa larian tersebut,and actually kitorang tak lari pun,kitorang just bersenam while tunggu atlet-atlet kolej yang jog dari luar kolej untuk datang padang






and last but not least,gambar photographer pun kena ada walaupun sekeping

Yass dapat jugak ambik gambar,this is only photo of me yang sempat ambik,thanks all sebab sudi ambik gambar ^.^

Walaupun kena bangun awal apa semua,tapi program ni memang worth 1000% sebab masa ni lah ada peluang untuk senam-senam sebab kalau masa lain memang tak ah,assignment belambak ,kau ingat aku ade masa HEH?

Lepas habis program,kitorang diberi 1jam rehat sebelum start kuliah pagi :) Petang tu kitorang pergi mengundi untuk pilihan raya kolej, YEAH! Thats all aku cau luhh ,enjoy your living guys .

Friday, 28 July 2017

Jamuan Raya di Kolej Matrikulasi Selangor

Hi guys,today nak story sikit pasal jamuan raya dekat kolej ,sebelum tu aku tak bagitahu lagi yang aku ni pelajar Kolej Matrikulasi Selangor Module 2 PST.Baru sebulan lebih masuk sini kolej kitorang mengadakan program Riang Ria Aidilfitri,sbb kitorang masuk sini pun dah bulan puasa T_T sobs,
Apa yang menyedihkan aku lupa untuk bawak samping untuk raya so terpaksa lah end up pakai slack and baju melayu

YES! Yang kiri tu lah aku 

Kitorang dibahagikan kepada beberapa khemah mengikut praktikum,tpi apa yang malang sekali lagi adalah kipas khemah kitorang tak berfungsi.Of course kitorang tak nak raya dalam kepanasan then,kitorang pun angkut semua makanan pergi dekat sebelah dewan kuliah.Disitulah kami menjamu selera  berbekal juadah RM5 seorang dengan aman makmur tanpa gangguan kelas lain.


MY CLASSMATE AND SIR ROSLAN KAT TENGAH ,semua nampak hensem dan lawa belaka, #nikanraya p/s:muka kepanasan sebab ambik gambar bawah terik matahari

Our lecturer told us that raya tahun ni tak meriah sangat macam tahun lepas-lepas but for me it's okay as long as we can kaut semua pengalaman yang ada untuk dijadikan memori yang indah untuk masa depan, kan?

"things end but memory last forever"

I think thats all for today post,kalau ada masa and kesempatan lagi aku akan rajinkan diri untuk update blog kepada pembaca semua .







Thursday, 27 July 2017

WELCOME BACK MYSELF!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang sanggup memberi nikmat yang tidak terhingga kepada kesemua Ciptaan-NYA



Assalamualaikum semua,
First and foremost aku nak ucap welcome to my new blog and thanks sebab sudi kunjung blog ni
So this is my first post for this new blog but why welcome back kalau ni blog baru ? Actually aku dah lama berjinak-jinak dalam dunia blog ni *sejak darjah 5 kot as i remember* but i delete my old blog sebab dah lama sangat tak aktif.

"Dah delete blog kenapa buat baru ? "

Haa,sebabnya aku nak hidupkan balik semangat blog aku and mungkin aku ada banyak  benda yang interesting yang berguna nak share dengan korang supaya boleh dijadikan panduan untuk meneruskan hidup,huhu ayat jenis apa ni =,=

Back to the point ,aku harap korang support aku untuk terus rajin menulis dan upgrade blog ni dari masa ke masa.But,what is the kaitan dengan link blog http://marblemomo.blogspot.my/ . Apa maksud marble and momo tu ?

Sebenarnya tu adalah antara nama kucing aku iaitu marble dan momo

TADAA!



Yang oren tu lah momo,nampak comel dan manja kan,tapi tu gambar lama ,sekarang ni dah besar dan suka lari dari tuan sendiri, *bila nak minta makanan baik pulak
Okay,yang koko tu marble,nampak bengis dan kejam tapi baik jer sebenarnya,aku sayang sangat kucing-kucing aku yang kat rumah tuu T_T sobs,
(Also special thanks for my sister yang cadangkan nama blog ni)

I think thats all for today,terima kasih sebab sudi baca post ni hingga ke hujung walaupun agak merapu.Lain kali rajin-rajin lah singah and jenguk blog ni kalau ada masa lapang .MESTI JENGUK!!


So entry ni disudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :) have a nice day uollss :*